Thursday, December 31, 2009

Felt Crafts For Sale

Mari...MAri...MaRi...Jualan murah!! Jualan Murah sempena pembukaan sulong Gedung niaga OjaCrafts.... Dapatkan segera...jangan malu jangan segan... Pilih jangan tak pilih...



Hair Clips- RM6 (1unit)
RM10 (sepasang)



Bugs Hair Clips



Flower Beads Hair Clips




Flower Alphabet Hair Clips


Key Chain - 1 unit RM5



Taxi Key chain




Mr. Snail Key Chain




Brooch - RM2 - RM5

Red Kebaya Brooch



Paper Clip - RM1-RM2




Book Mark - RM5

Kalerful Tree (cth daun-badannya lain- gambar akan diupload nanti)

Pelbagai barangan lain akan dipasarkan.Nantikan kemunculannya sedikit masa lagi.

Anda mempunyai idea dan design anda sendiri? Dan perlukan seseorang untuk merealisasikan rekaan anda? Sila emel ojacrafts@gmail.com . ( terhad kepada produk yang tersedia ada. Design yg kronik2 tak diterima ...takot tak termampu nk realisasikan lak nanti he he he )

p/s : Harga tidak termasuk pos


Friday, October 23, 2009

Tempat Tinggal Iblis

Anas bin Malik r.a. berkata:

"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."

Firman Allah:
"Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.

Iblis bertanya lagi:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"

Firman Allah:
"Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"

Firman Allah:
"Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"

Firman Allah:
"Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"

Firman Allah:
"Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"

Firman Allah:
"Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis Bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"

Firman Allah:
"Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."

Iblis bertanya:
"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"

Firman Allah:
"Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya:
"Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"

Firman Allah:
"Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."

Sabda Rasulullah saw:
"Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."
(Hadis Riwayat Muslim)

Monday, October 19, 2009

Birthday Bash






Last Saturday we threw a small party for my nieces ... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

A special thanks tu Kak Zati for a lovely cakes...anak2 suka sangat dgn kek tu specially Barbie . Anak buah lelaki sangat jeles...dia pon minta kek ala2 camtu gak...so next time nk order kek transformer ke...diego (tul ke ejaan ni)..heheh..

Birthday girl (si kakak) tak berganjak dari meja dok menjaga Barkie takut di ambil orang...bukan hanya budak2 kecik je yg terpegun ngan Barbie..budak2 besar pon sama juga. 1st kitorang potong Mariposa dulu then plan agih2 kan kek tu pada guesses yg datang...tapi semua ala2 jual mahal lak...masih menunggu Barbie juga...so kene le potong Barbie...sayang lak rasa nk potong...


Kedua2 kek sangat sedap dan habis semuanya....rasanya susah nk cari kek bake by Malay yg sedap dan cantik dengan harga yg berpatutan di Kuantan...so rakyat Kuantan/Pekan dan kawasan2 yg sewaktu dengannya kalau nak order sila la ke sini...tayah pening2 pale nk cari2 lagi dah..bagitau je nak kek ala2 camne (harap2 pas ni dpt diskaun ...itu yg promote tu heheh)...

k..enjoy the piccas..









Si penjaga kek...tak berganjak...makan pon tamau


hmmmm...sedapnyaa...bila la nk potong ni...


Sebelum...


selepas touch up...



Sape makan cili dia rasa pedasnya...




ps: Kak Zati, kek telah bertukar tuan dari adik ke kakak :)


Sunday, October 18, 2009

Laskar Pelangi

Awal pagi Jumaat daku dh isi borang kuar awal...erkk bos meh cni jap (kebetulan bos lalu tpt daku)...tolong sain sket cni...ok tq (sape bos ni????)

Kul 3pm daku bertolak ke Kuantan...singgah sebentar di Bentong amik durian...penuh le bonet En. Isa daku...tepaksa tutup ekon bukak tingkap....

Sampai di Maran ternampak le pelangi memunculkan dirinya...klik...klik dari dlm kete...ishh tak pueh ati cam x cantik jer...stop jap tepi jln...klik klik...ish apele bdk 2 eko ni wat tepi jln (kata ati org yg lalu lalang)

Ingatkan daku je yg jakun dok klik klik gambar pelangi...rupanya ada gak yg brenti sama amik gambo...hehehe..






Sampai bt10 jem la plak ..ingatkan berjaya beat the jem...rupanya jem dok nunggu di Ktn......Ingatkan kua awal leh sampai umah awal...alih2 kul 8pm baru sampai...hampeh....


Thursday, October 15, 2009

Pesan Dato Dr Fazilah kamsah

Amalan bersama...

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata......

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah Allahu Akbar !

Blog Widget by LinkWithin