Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati
hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan
sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan
Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di
dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik
untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang
bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang
besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya
menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.
a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda
bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang
bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam
khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor
kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah
engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu
(kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala
anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"
KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda
yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia
kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang
menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di
dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh
anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat
keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian
yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
Wassalam.

0 comments:
Post a Comment