RSS

Puasa Si Miskin

Sekadar renungan bersama...

Buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang pa lin g tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lin gkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya. Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi
"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.." Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat." Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?" "Cuma RM3.00 sehari." "Ayahnya bekerja macam mana" "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.


Moh Beraya Sakan!! ~ Part 2

Ok kali ni daku nak cite pasal Raya Enam lak...Kebiasaannya di kampung ku ini orang2 tuanya akan melaksanakan puasa Sunat 6 hari dibulan Syawal seawal 2 Syawal hingga 7 Syawal. So pada 8 Syawal kami sekampung akan meraikan Raya Enam beramai2 (termasuk la yang tak pose 6 tu sama2 menyibuk..termasuk la daku). Pagi2 lagi kami akan memeriahkan Masjid dengan membawa juadah2 untuk di makan beramai2.

Segala kuih muih di bawa dari pelusuk kampung (cm besar sgt kampung heheh). 1 hari sebelum tu pakcik makcik atuk nenek dah bergotong royong menyediakan ramuan untuk di masak pepagi buta nya nanti. Ada yang menyiang daging, ayam, ikan. Ada yang mengupas bawang, sediakan rempah ratus bagai. dan ada juga yg lepak jer (daku la tu)



Posing jap...ni sekitar rumah dan masjid. Bersama spupu sepapat...

Time Raya Enam ni la ramai yang buat Aqiqah, tindik telinga (tradisional), menimbang, jejak tanah untuk baby2 yang baru lahir...(tp tindik tinge tu bukan tuk baby ye...)...piccas di bawah adalah sekitar upacaya menimbang ..sebelah timbangan tu di letakkan sebesen besar pulut kuning dan telo..sebelah lagi diletakkan kain buaian tuk taruk toddler dalam tu...besen pulut tu akan di ubah kedudukan mengikut berat baby2 ni tadi agar timbangannya sama berat...pastu penimbang tu tadi akan di putarkan sebanyak 3 kali (x silap daku la)..sambil org ramai akan berselawat reramai...

Daku pon tak sure ape signifikasi upacara ni...maybe supaya kita dapat balancekan diri kita ngn dunia dan akhirat kot...atau supaya kita sentiasa adil dalam membuat pertimbangan...(agak daku la)

anak buah daku tgh nangis ketakutan...

Ok..whos next????yang tudung ijau putih tu taleh ek..kang putus lak tali penimbang ni...

Ok setakat tu aje piccas yg sempat diambil...lain2 tu x sempat coz camerawoman dok sibuk amik gambo sendri ..harap maap...

Sampai jumpa lagi till next entri...daaaaa






Moh Beraya Sakan...

Salam semua...harap2 entri ni x basi lagi...kalau basi pon buat2 le cm tak basi ek..perangatkan ajerr...Ingatkan nk hapdet time 1st raya tapi cam tak sempat lak...dok beraya sakan..ke umah sedara mara sahabat handai rakan taulan...di tambah lak broadband kt kampung tak berapa nk laju..ala2 kura2 ajer ..tu yg malas tu..anyway ni daku uploadkan gambo2 sepanjang cuti raya ituari...






Gambo ni di ambil dari 1st Syawal hingga ke 5 Syawal...memang sakan berjalan...dari raya pertama semua rumah aku redah...dari atok nenek opah hingga ke cucu2..almaklum le alang2 beraya biar penat sampai ke malam ..ye idok??sedara maranya ramai ..kalau tak g kang ada yg kecik ati...Perut jgn cakap le membuncit sakan..jahanam diet ku sebulan itu..cumanya raya ke4 tu je daku dok umah buat rendang ayam n daging (2nd round) dan bakar cake pelangi bewarna warni...(tolong akak aku jerr pukul telo ngn mixer hehe)


Raya ke lima tu, pagi2 lagi dh bangun masak nasi ayam coz spesel gess nak dtg..tghari lak sambung beraya..balik dari beraya akak spupu ajak g beraya di Bukit Gambang Water Park...apalagi..bergegas le siap2 bwk baju mandi budak2 n mak budak...Sampai Gambang dh kul 4.45, Park tutup kul 5.45...1 jam je masa yg kami ada untuk beraya di dalam tu..Kami cuma sempat main satu tempat jer.. lain2 x redah pon lagi...next visit will xplore everything..




Bukit Gambang Water Park ni merupakan the first n largest water park city in east coast. Bayaran masuk bagi dewasa RM20 , kanak2 lak RM 13 (x silap aku la). Tapi kalau anak2 kurang dari 90cm percuma jer. Kat dalam park tu segala urusniaga menggunakan E-value dan tidak menggunakan cash. Mana2 e-value yang tak digunakan diorg akan refund semula.


Park ni tade la sebesar Sunway tapi ok le bagi bajet family lebih2 lagi yg kat Pantai Timur. Tayah susah2 g Sunway ke Desa Water Park ke..dekat2 pon dah ada...kalau yg dr jauh nk dtg pon senang sebab ada resort disediakan...wahhh cam promoter lak aku ni...nak details info sila baca sini.

ok...sampai jumpa lagi di entri akan dtg...pasal raya nam...daaaaa

Bantulah Saya...

Sticky Mode
(Normal Entri di bawah)



Senja Ramadhan - pls vote for this pic


Tuan tuan dan puan puan sekalian...Bantu lah saya dengan men 'vote' gambar saya ini. Sekiranya tuan tuan dan puan puan sekalian men vote saya dengan byknya tuan puan akan memenangi RM100


Sila klik di sini utk mengundi http://www.foto-contest.com/public.php?page=1
JANGAN LUPA masukkan email anda sebelum mengundi bagi melayakkan anda memenangi RM100. Undian boleh dilakukan setiap 30 minit.

Terima kasih in advance bagi yang mengundi....i love u all muah muah muah

Selamat Hari Raya AidilFitri

Terlebih dahulu terima kasih kepada teman2 semua yg sudi kasi kad raya.




From Zieha





From Ct


From CuteMiut


Di kesempatan ini Daku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya terdapat kesalahan dan kesilapan yang telah daku lakukan samada sengaja atau tidak sengaja, terlanjur berbicara selama kita berkenalan di alam maya ini, terlebih percakapan dan seangkatan dengannya. Tiada kad untuk daku berikan semuanya gara2 tak cukup masa...tapi terima lah pantun dari daku ini:




Tangan di hulur tanda bermaafan
Tiada sengketa sesama insan
Selamat Hari Raya daku ucapkan
Pada teman, rakan dan taulan


Ayam & itik berlari lari
Menyelamatkan diri dari dikorbankan
Daku susun sepuluh jari
Salah dan silap harap dimaafkan



Bagi yang pulang ke desa berhari raya tu berhati2 lah dijalan raya. Semoga selamat tiba dan bergembiralah dihari raya dan jgn dilupa pada yang tiada.




SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



p/s: jgn lak lupa masuk keje semula ek




Battle of the Beads - A Challenge For Myself

Cam gempak je tajuk...actually aku telah mencelen diriku sendri untuk menyiapkan tempahan sulaman manik sebanyak 13 pasang (yg rasmi) dalam masa seminggu dari sekarang...tapi dgn bantuan kakak ku yg sorang tu la..of course...kalau aku sorang mati le tak tekejar....

Asalnya mmg aku tanak time dah tempahan...tapi nak wat camne hati aku ni lembut sgt...tak reti nk menolak..lebih2 lagi pelanggan siap bawak baju, baru tanya ble jahit tak??kesian la plak depe dah siap bawak ke opis dgn harapan aku menerimanya...arini saje aku terima 6 pasang baju..tapi bersyarat...simple n jahit di tangan saje...

Semalam time bungkusan yang di pos all the way from Kuantan..4 pasang baju untuk dijahit...plak tu siap ngan design pilihan diorng..mak aiiiii punya la heavyweight design...kalau simple dimple tu ok la gak dlm masa terdekat ni...ini betul2 mencabar bijik mata yg rabun...pasni kene tukar spek le plak...

Malam ni sempat gak me n sis abiskan 2pasang..design simple gile...coz tuan punya tak kisah design cemana...simple pon tape asal ada jahit manik...


tis one by me- ingat kalau sempat nk tambah 1 line lg




Ini by my sis, ANi...

tis one still in the making



Adakah aku berjaya pada cabaran kali ini???? kita tunggu dan lihat....wish me luck fren....Hopefully Allah bagi kekuatan n kesihatan untuk aku menyiapkan semua tempahan..Amin...



Felt From Wanie

Yeaaaaaa....Akhirnya sampai jua barangan yg aku order dari Wanie...cute gitu...thanks Wanie...baru je time pagi td..sori tak sempat nk inform...

Nak tau ape barangannya?????
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Kasi gantung dekat itu handphone juga...Ini free gift utk org spesel mcm aku he he he...


Fridge magnet

Hair clips for my cute nieces

So kalau sesape berminat nak memiliki barangan ni (dan brgan lain) sila la ke sini untuk mengoder... promo nampak!


Allah Memanggil Kita Hanya 3 Kali Seumur Hidup

Sekadar berkongsi emel yang diterima dari seorang sahabat...

Saat itu, Dhuha, Hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Makah....... , aku bertanya pada Ibu, Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah Di Bulan July 2007 yang lalu.

'Ibu, kataku, Ada cerita apa yang Menarik dari Umrah....? ( Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah). Dan Ibu, Memberikan Tausyiahnya. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah selama 4 Hari, baru ke Makah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah.Ibu berkata...' , Allah hanya memanggil Kita 3 kali saja Seumur hidup Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil Kita..?'Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan Itu..?'Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah* **Azan*', ujar Ibu.'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas Terdengar di telinga Kita, sangat kuat Terdengar. Ketika Kita sholat, sesungguhnya Kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap Kita. Kadang Kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan Kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau Tidak. Allah hanya akanmembalas umatNya ketika Hari Kiamat nanti'.Saya Terpekur.... .Mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat Kerana meeting lah, mengajar lah, Dan lain lain. Masya Allah.......Ibu Melanjutkan,

Panggilan yang kedua adalah Panggilan* Umrah/Haji*Panggilan ini bersifat halus. Allah Memanggil hamba-hambaNya dengan Panggilan yang halus Dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan Kesempatan yang berbeda dengan Hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya uang Menjadi punya uang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, Ada Yang memang merencanakan Dan terkabul. Ketika Kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram Dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', Sesungguhnya Kita saat itu menjawab panggilan Allah yang Ke dua.Saat itu Kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah Kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.Allah berkata, Laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.Mata saya semakin Berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang Menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulillah...

'Dan Panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah* KEMATIAN*.Panggilan yang Kita jawab dengan amal Kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak Memberikan tanda tanda secara langsung, Dan Kita tidak mampu menjawab Dengan lisan Dan Gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena Itu , Manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah Dengan Hatimu Dan sikap yang HusnulKhotimah.... .......Insya Allah Syurga adalah Balasannya.. ...'**

Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah Karena kelalaian saya Dalam menjawab panggilanNya. ....Kala itu hati saya makin yakin akan KebesaranNya, kasih sayangNya Dan dengan semanga tmenyala-nyala, saya mengenakan Baju Ihram Dan berniat.........Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan SemestaAlam........

Huraisy

Pada Hari Kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang Bernama 'Huraisy' Berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini Dari timur hingga ke Barat. Panjangnya pula seperti jarak langit Dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana Dan siapa Yang kau Cari?'
Huraisy pun menjawab,'Aku mau mencari lima Orang.

Pertama,orang yang meninggalkan sholat
Kedua, orang yang Tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu Dan Bapaknya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam Masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.

*Sampaikan pesanan ini Biarpn 1 ayat.. Wallahualam*


Ramadhan Yang Dirindui

Alhamdulillah ...syukur kepada Allah yang telah memberi peluang utk ku bertemu dan mendengar ceramah Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood secara 'live'. Tajuk ceramah beliau adalah Ramadhan Yang Dirindui...

Pejam celik pejam celik rupa2nya dah 19 hari kita berpuasa...terasa sungguh cepat waktu berlalu..kalau waktu budak2 dulu kemain lambat tul masa nk berputar...cepat la nak raya..tak sabar nak pakai baju raya, kasut raya..tiap2 hari sik dok try pakai dalam umah ajer..x puas2 mencuba...sekarang ni cam cepat la pulak...

Berbalik kepada tajuk utama kita tadi, sekadar nak berkongsi ilmu yang baru di terima tadi dengan kawan2 sekalian dan juga untuk renungan saya di masa depan..maklum le lately ni asik lupa ajer(byk tertelan semut le ni)...ini hanyalah ringkasan sahaja...kalau panjang lebar kang takut kena jemput berceramah la plak..heheh

Ceramah kali ini adalah berkisar 4 Amalan yang perlu diperbanyakkan di dalam bulan Ramadhan. Actually 4 amalan ni ada dinyatakan di dalam kapsul Ramadhan (oleh Dato' Siti Nor Bahyah) setiap hari sebelum Berita di TV3 dan TV9 kalau korang penah tgk la...

Antara amalan2nya ialah:

Pertama : Perbanyakkan Zikrullah

Berbanyakkan berzikir kepada Allah dengan zikir yang sempurna. Zikir yang paling baik adalah zikir sembunyi-sembunyi iaitu di dalam hati. Ini adalah bagi mengelakkan wujudnya sifat riak.

Kedua : Perbanyakkan Istighfar

Istighfar adalah ubat bagi dosa-dosa kita. Dengan beristighfar dapat memberikan 3 kemudahan iaitu :-

  1. diberikan jalan keluar
  2. lenyapkan masalah
  3. beri rezeki dari jalan yang tidak diduga

Ketiga : Perbanyakkan Minta Syurga

Kita perlu 'aim' pada syurga yang teratas iaitu Syurga Firdaus. Waktu yang paling mustajab berdoa adalah ketika berbuka.



Keempat : Minta Dijauhi Azab Api Neraka



Antara amalan yang merosakkan pahala puasa ialah :

  • Bercakap dusta
  • Mengumpat

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar:

  1. tak terlalu panas dan sejuk
  2. tidak ada kilat/petir
  3. tidak ada bunyi anjing menyalak
  4. keesokkan harinya apabila matahari menyinarkan cahayanya tidak terlalu terik -seakan sinaran cahaya bulan

Tanda mendapat Lailatul Qadar

  1. gementar tubuh badan
  2. lembut hatinya
  3. bercucuran airmatanya

Golongan yang Allah tak sudi pandang di malam Lailatul Qadar

  1. orang yang berterusan minum arak
  2. orang yang tidak bercakap dengan saudaranya melebihi 3 hari
  3. orang yang memutuskan sillaturrahim
  4. anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa

So kenkawan marila sama2 kita meningkatkan lagi amalan kita di bulan Ramadhan ini terutama 10 malam terakhir.

Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari diri saya sendiri...Wallahualam bissawab

Tolongggg...!!!


Tengah mengantuk tahap gaban ni...keje lak byk..buat pon sambil tutup mata...big bos lak sik round2 jer...

hish bos ni cam tau2 je aku tgh ngantuk...


nak kene rotan bos ni!!kaco je aku nk lelapkan mata jap!!!


woit Oja..org bagi gaji suh wat keje..bukannya suh berblog...lebih2 lagi tido...tido p balik umah le @#$!%^


Opssss...OK Ok ..sori bos..saya sambung tido ye..eh silap...saya sambung keje ye..mintak lalu dulu ye



Award Dari Ummi Humaira



Terima kasih Kak Ummi kerana sudi beri award pada kita...nanti kalau kita ada masa kita buat satu award untuk Kak Ummi dan teman2 semua..sementara itu kita pun nak kasi award ni kepada

1. All my followers
2. Sara
3. Ct
4. Zieha
5. Oniemia
6. Nabila
7. Coco
8. Wanie
9. Ieda

Syarat-syarat untuk ambil awards ini:

1. Buat Posting tentang Award ini.
2. Linkkan pemberi awards ini di entri itu.
3. Copy-paste Image di atas.
4. Sebelum ambil jangan lupa tinggalkan komentar di entri ini.

ok..sudi-sudikan ambil award ini ye.







Salam Pagi Rabu

Salam kawan2 semua...aku baru masuk keje arini...seronok sakan balik kampung jumpa mak ayah, sedara mara, ayam itk lembu kambing...rasa mcm byk je nk coret kat sini tapi tiba2 tade idea la plak dan still sleepy mode...

Balik kampung kali ni agak tak berapa nk puas pasalnya sik terbaring je.. pale pening badan panas..so bebungkus je dlm toto. Tapi sib baik ari sabtu tu sempat la bebuka di 'Padang' beramai-ramai..happening sungguh..cam piknik lak..sempat la juga aku men snap beberapa piccas utk tatapan kenkawan dan sedara mara yg x dpt join sekali tu ek..hehehe...jgn sedey2 ye..nanti blk g la merasainya sendri ye...


Enjoyyyy!!!

Di tgh padang bola sepak..bukan senang nk posing time ni..silap aribulan kene 'sepak' lak


Di belakang kelihatan Masjid Sultan Ahmad Shah tesergam indah


Kelihatan orang ramai membanjiri padang untuk menikmati juadah berbuka

Di sebelah kanan tu la bazaar ramadhan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.



Hampir waktu bebuka semakin ramai yang membanjiri padang tersebut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...