Pejam celik pejam celik rupa2nya dah 19 hari kita berpuasa...terasa sungguh cepat waktu berlalu..kalau waktu budak2 dulu kemain lambat tul masa nk berputar...cepat la nak raya..tak sabar nak pakai baju raya, kasut raya..tiap2 hari sik dok try pakai dalam umah ajer..x puas2 mencuba...sekarang ni cam cepat la pulak...
Berbalik kepada tajuk utama kita tadi, sekadar nak berkongsi ilmu yang baru di terima tadi dengan kawan2 sekalian dan juga untuk renungan saya di masa depan..maklum le lately ni asik lupa ajer(byk tertelan semut le ni)...ini hanyalah ringkasan sahaja...kalau panjang lebar kang takut kena jemput berceramah la plak..heheh
Ceramah kali ini adalah berkisar 4 Amalan yang perlu diperbanyakkan di dalam bulan Ramadhan. Actually 4 amalan ni ada dinyatakan di dalam kapsul Ramadhan (oleh Dato' Siti Nor Bahyah) setiap hari sebelum Berita di TV3 dan TV9 kalau korang penah tgk la...
Antara amalan2nya ialah:
Pertama : Perbanyakkan Zikrullah
Berbanyakkan berzikir kepada Allah dengan zikir yang sempurna. Zikir yang paling baik adalah zikir sembunyi-sembunyi iaitu di dalam hati. Ini adalah bagi mengelakkan wujudnya sifat riak.
Kedua : Perbanyakkan Istighfar
Istighfar adalah ubat bagi dosa-dosa kita. Dengan beristighfar dapat memberikan 3 kemudahan iaitu :-
- diberikan jalan keluar
- lenyapkan masalah
- beri rezeki dari jalan yang tidak diduga
Ketiga : Perbanyakkan Minta Syurga
Kita perlu 'aim' pada syurga yang teratas iaitu Syurga Firdaus. Waktu yang paling mustajab berdoa adalah ketika berbuka.
Keempat : Minta Dijauhi Azab Api Neraka
Antara amalan yang merosakkan pahala puasa ialah :
- Bercakap dusta
- Mengumpat
Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar:
- tak terlalu panas dan sejuk
- tidak ada kilat/petir
- tidak ada bunyi anjing menyalak
- keesokkan harinya apabila matahari menyinarkan cahayanya tidak terlalu terik -seakan sinaran cahaya bulan
Tanda mendapat Lailatul Qadar
- gementar tubuh badan
- lembut hatinya
- bercucuran airmatanya
Golongan yang Allah tak sudi pandang di malam Lailatul Qadar
- orang yang berterusan minum arak
- orang yang tidak bercakap dengan saudaranya melebihi 3 hari
- orang yang memutuskan sillaturrahim
- anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa
So kenkawan marila sama2 kita meningkatkan lagi amalan kita di bulan Ramadhan ini terutama 10 malam terakhir.
Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari diri saya sendiri...Wallahualam bissawab
0 comments:
Post a Comment