RSS
Showing posts with label Perk Up. Show all posts
Showing posts with label Perk Up. Show all posts

~ Kelebihan Daging Ayam ~

Mari bercerita kelebihan daging ayam pula. Ini adalah kesinambungan dari Kelebihan Memakan Daging (entri semalam).


Kelebihan daging ayam adalah:
- mudah di hadam
- menyedapkan suara
- menguatkan daya ingatan
- menambahkan bilangan sperma (bagi lelaki)

so kalau rasa2 telo tu kurang boleh la makan ayam hari2 ye ;)

Dalam segmen hari ini, Uztaz Fauzi juga bercerita perihal daging burung. Antara burung yang tidak boleh di makan ialah :
- burung hud-hud : sebab burung ni pernah menolong Rasulullah
- burung gagak : sunat kita bunuh
- burung yang makan najis : termasuklah kategori ayam yg makan najis manusia. Dimana kulitnya bertukar kaler kuning. So kalau ayam korang dh bertukar kaler kuning tu boleh la kurungnya dulu dan bagi makanan yg elok2 sikit sehingga kaler kulitnya bertukar ke normal baru la boleh dimakan (tapi jgn lupa sembelih dulu tau).


Ustaz Fauzi juga ada membincangkan perihal janin didalam haiwan yang di sembelih. Adakah kita boleh memakannya. Jawapannya adalah boleh kerana kita boleh ambil sembelihan ke atas ibunya sebagai sembelihan ke atas janin tersebut. Cumanya tidak digalakkan makan kerana janin tersebut mengandungi banyak darah2 kotor.

Itu saja buat kali ini.

Salam

~Khasiat Pisang~

Just to share emel yg diterima...

Khasiat Buah Pisang

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi..

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku 'The New England Journal of Medicine', mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dansebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster lukabiasa atau pun plaster bedah. Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, "Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!"

PS:
Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; inginkilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!



Joke Of The Week - Scarecrow


By Courtesy of LKS


CINABENG PUNYA JOKE...

Kali ni aku nak menceritakan cite yg agak lucu (pada aku la) yg dh agak lama berlaku...citenya camni.. better aku buat dlm perbualan le senang skit..

Bab 1

Narrator : Di sebuah gerai makan di Timur Semenanjung Malaysia duduk le sepasang kekasih campuran Melayu & Cina (lelaki bernama Uda-Cina, yang perempuan bernama Dara - Melayu)sedang nak order makanan, setelah penat berjalan seharian ronda2 town yg tak berapa nak besar sgt tu....

Pelayan : Minum apa cik?

Dara : Tea O Beng satu.

Uda : Tea O Beng tu ape?

Dara : Tea O Beng tu ialah Tea O ais..

Uda : Nape panggil Beng?

Dara : Tah la..dah mmg org sini panggil Beng utk minuman yang berais.

Dengan muka selamba badak jer si Uda pon manjawab....

Uda : Kalau macam tu saya nak Cina beng la satu.

Dara : erkk..cinabeng tu bukan air la sayang...itu ayat pasar....(sambil ketawa bedahak dahak)

Uda : OooO (sambil terkulat kulat)


Bab 2

Narrator : Di sebuah gerai makan di IbuKota Kuala Lumpur, Uda & Dara sedang berkira2 untuk memesan makanan (asik makan je si Uda & Dara ni tade keje lain ke..asal dating je makan...asal makan je dating..dating..makan...dating...makan)...

Pelayan : Minum ape bang?

Uda : Bagi saya limau beng satu..( dengan bangganya mengorder)

Pelayan : limau ape? (!#$%^)

Dara : erkk Limau ais ye...

Dara pon berbisik kepada Udanya "kat KL ni mana guna Beng la sayang...Beng tu kt Kuantan je"...Uda pon menjawab "mana saya tau...awak x bgtau saya pon"

Hampeh Dot Com....


NINE WORDS WOMEN USE

(1) Fine: This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

(2) Five Minutes: If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

(3) Nothing: This is the calm before the storm. This means something and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

(4) Go Ahead: This is a dare, not permission. Don't Do It!

(5) Loud Sigh: This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

(6) That's Okay: This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

(7) Thanks: A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you're welcome. (I want to add in a clause here - This is true, unless she says 'Thanks a lot' - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome'; that will bring on a 'whatever').

(8) Whatever: Is a woman's way of saying sc*ew YOU!

(9) Don't worry about it, I got it: Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to # 3.


Received tru email

SMILE FOR YOU

Smiling is infectious; you catch it like the flu.
When someone smiled at me today, I started smiling too.
I passed around the corner and someone saw my grin.
When he smiled I realized I'd passed it on to him.
I thought about that smile then I realized its worth.
A single smile, just like mine could travel round the earth.
So, if you feel a smile begin, don't leave it undetected.
Let's start and epidemic quick, and get the world infected!!! :) :) :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...