RSS

Tudung Raya

Ini adalah sticky mode entri

normal entri sila scroll ke bawah



Sesiapa yang masih tercari-cari tudung dan brooch...tak perlu bersusah payah...marilah ke tudung online yang menawarkan harga terendah di pasaran...pelbagai diskaun dan pakej menarik menanti anda...


(dah macam iklan mydin la plak :) )




Jihat Besar

Lagi tak sampai 3 jam aku nak wat jihat besar...tak sabar rasa hati ini..kerinduan meruntum(tul ke ayat aku ni) jiwa...Jihat besar ku itu adalah....ingin pulang ke kampung melihat ibu bapa ku yang semakin hari semakin di mamah usia...terasa sekejap aje waktu berlalu..tik tok tik tok...bertambah kedutan di wajah mereka....bertambah jua uban di kepala ...bertambah kurang kederat 4 kerat

Setiap kali pulang ke kampung aku tidak lupa untuk merenung wajah 2 insan yang telah banyak bekorban untuk ku...terlalu besar pengorbanan mereka terhadap ku...dan semakin hari ku renung semakin lesu wajah itu...hanya tuhan sahaja yang tau perasaan hiba di hati ku...cukup kah dengan apa yang telah aku pulangkan kepada mereka sesudah dewasa? Rasanya tidak terbalas jasa mereka terhadap ku...

Namun begitu aku masih bertuah kerana masih diberikan peluang untuk berjasa kepada mereka dibandingkan insan lain yg tidak punya ibu atau ayah atau keduanya sekali..Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada mereka.
Amin


Paksa Rajin

1st time aku bangun pagi dan memasak untuk sahur..kalau tak tu just perangatkan lauk bebuka or minum air kosong ajer...4.30 am td terjaga aku dari lena yg tak berapa nak panjang dek bunyi alarm hp ku yang menjerit2...bingit tinge aku...tersentak di buatnya...

Kalau ikutkan ngantuk, malas nk bangun masak tapi di sebabkan adik sepupu aku dtg dari Kuantan nak pi interview kat key ell ni, so terpaksa la merajinkan diri bersilat di dapur...tak masak kang kata aku x hormat tetamu lak kan ;) kebuloq lak anak teruna orang...sape yg susah...aku jugakkkk!!!!



ini la hasil aku di pagi hari tadi.....

comot la plak..lupa nk lap

hehehe...mee goreng bodo ajerrrr...bersama 4 ketoi nugget...cukup le seketoi sorang jerr ..jgn membazirr..

jgn mareee ..saya mmg malas nk masak..




Award dari Coco


Award ini datangnya dari Coco Irdanish kepada semua followersnya...cute kan?...Thanks Coco..

So aku pun nak kasi gak award ni pada semua followers ku sebagai tanda kasih sayangku pada kalian...cewahhhhh...sudi2kan ambil jgn segan silu...

Dayang's Giveaway

Kawan-kawan ...daku tgh kemaruk contest ni...walaupun x menang tapi daku seronok memeriahkan majlis...mana la tau dalam seratus penyertaan tu ada la satu yg sangkut...x gitu cik dayang?

Contest kali ni di anjurkan oleh Dayang yg mempunyai tgn yg kreatif...so barangan yang aku pilih adalah ini....


seme pon aku suka tapi sbb kene pilih satu je so aku amik ni la...

Rasanya syarat dh dipenuhi kot...Dayang pls komen..:)

Candid - Giveaway Contest



Contest lagiiii....Candid contest ini dianjurkan oleh Zieha ...jom meramaikan majlis...



Syaratnya mudah aje...



  1. Copy dan tempekkan banner di n3 dan sidebar.....Done

  2. Jadi FOLLOWER dan add blognya dlm blog list ....Done

  3. Upload gambar candid ....Done

  4. Tinggalkan link ke entry zieha....Done

Gambar yang dipertandingkan ialah....

Di ambil ketika kakakku sdg rancak beborak sambil diperhatikan oleh pakcik ku yg pening kepala melihat telatahnya...

So penganjur adakah penyertaan ini layak di pertandingkan?



Jom Memasak Bersama...Contest



Contest lagi ..jgn marah...Kali ni nak try contest memasak lak yang dianjurkan oleh Huda

Resepi yang dipertaruhkan ialah Siakap Goreng Sweet Sour...dah kebetulan aritu ada tangkap gambarnya....



Bahan2:
  1. Ikan - goreng terlebih dahulu
  2. Bawang putih -mayang/cincang
  3. Bawang besar -potong dadu
  4. Cili kecil - hiris nipis @ ketuk pon bole
  5. Sos Plum - 3 sudu (ikut selera)
  6. Sos tomato 2 sudu (pun ikut selera)
  7. Carrot - potong dadu@ bulat ikut suka
  8. Timun - potong dadu
  9. Nenas - potong dadu
  10. Tomato - potong 4/6/8 ikut suka
  11. Tepung jagung 1 sudu besar
  12. Garam
  13. Gula
  14. Daun Sop& bawang

Cara2:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili
  2. Masukkan sos plum dan sos tomato
  3. Masukkan air. Biarkan mendidih
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  5. Masukkan carrot, timun, nenas & tomato
  6. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah
  7. Setelah masak tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
  8. Taburkan daun sop n bawang

Siap untuk di lapah ketika berbuka...selamat mencuba :)





Minset







Marilah Berpesan-pesan

Hanya Ingin Mengingatkan ....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya



Salam Ramadhan Al Mubarak


NIAT PUASA FARDHU RAMADAN

1) Lafaz Niat Puasa Pada Setiap Malam
* Nawaitu Shauma Ghadiin 'An Adaa'ie Fardhi Ramadhaana Haazihis Sanati Lillahi Ta'Ala
* "Sahaja aku puasa esok Hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala."



2) Lafaz Niat Puasa Untuk Satu Bulan
* Nawaitu Shauma Shahri Ramadhaana Kullihii Haazihis Sanati Lillahi Ta'Ala
* "Sahaja aku puasa bulan Ramadhan seluruhnya pada tahun ini kerana Allah Taala".


3) Adapun sekurang-kurang lafaz niat puasa Ramadhan itu ialah
* Nawaitu Shauma Ramadhaana
* "Sahaja aku puasa Ramadhan."


4) Bacaan Hendak Berbuka Puasa
* Allah Huma Laka Sumtu Wabika 'A Mantu Wa'alla Rizqi Ka'af Thartu Birah Matika Yaa Har Hamar Rahimiin
* "Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, Dan denganMu aku beriman Dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah yang Amat Mengasihi"

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran Dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra Dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin Dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih Ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya Ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar Dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan

* DOA yang paling makbul iaitu DOA sebelum berbuka puasa.
* juga DOA pada sepertiga malam.

10)10 Hari pertama adalah mulanya rahmat,10 Hari pertengahan - pengampunan, 10 Hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas Dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma Dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak Dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut Dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Selamat Menyambut Ramadan
semoga segala amalan kita diterima Allah swt
dan diampunkan segala dosa, ditetapkan iman, disucikan hati
dan rahmati, insyallah




Happy 1st Birthday Shahmi Raiyan



15 August is a special day
To celebrate with mom, daddy & friends
Be a good boy, be a gentlement
May you have all the good things in live








Mimi, hope you can download these...






One Down Five To Go



Alhamdulillah dapat juga aku menyudahkan baju mak datin yg telah sekian lama bersawang dlm almari aku tu...Harap2 nya berpuas hati..pening memikirkan design camne nk wat..alih2 tgk pepari terus dapat idea... cilok sket ye pepari..she's very creative. i love all her works..tade satu pon yang x suka..semua pon suka belaka..shes very details and very the kemas one laaa...

nak banding ngn keje tgn aku ni jauh panggang dr api...heheheh tapi tape la lain org lain cara dan kreativitinya ye dokk????

itu saje update terkini...muah muah..




My New Hairdo

Before...

After.....

Ayakkkk...dah mcm amoiii lorrrrr...



Tetamu Istimewa

Semalam aku menerima satu panggilan telefon dari seseorang. Beliau memberitahu ingin ke rumah ku. Aku dengan gembira menjemputnya ke rumah.. Tetamu tersebut siap request suh aku masak ikan kukus sweet sour...so pas keje smlm bergegas la aku ke pasar malam mencari ikan..ikan ape ye yg sesuai...cari...cari...cari..oo ikan siakap ni cam bes gak wat kukus...so aku pon bli la 2 ekor. Dekat nk sekilo gak beratnya..harga sekilo RM16...aku pilih yg sedang2 saja sbb periuk kukus ku cinonet sgt. itu pun aku plan nk suh tokei tu kerat 2 supaya senang nk kukus...dlm pada berkira2 nak kerat ke tak..nak kerat ke takk ...tiba2 tetamu kehormat aku called. katanya 'buat goreng sweet sour je'..hmmm cam tau2 je aku tgh pk pasal tu..lagi bagus senang keje aku...pas beli sotong sket..sayur2..bawang..halia bagai aku pon chow..


Sampai di rumah aku pun bersilat le kat dapur...nak siapkan sebelum tetamu sampai...ketong.. ketang..ketong..ketang...(aci kt bawah pon sama naik bersilat kt bawah umah aku.. aci ni sampai kul 2-3 pagi dok masak lagi..bukak kedai ke hapa???)


Dalam 30 min siap le sweet sour siakap aku....





Nak tau siapa tetamu istimewa aku tu???... Jeng ... Jeng ... Jeng ...


<<<<<<<<>>>>>>>>


<<<<<<<>>>>>>>

<<<<<<>>>>>>

<<<<<>>>>>

<<<<>>>>

<<<>>>
<<>>

<>


Kakak ku & anak buah ku ...hehhehe




dan mak n ayah ku...jgn mare ek ...suspen jerrr...

Pic dolu2



Mayat Baca Yassin

Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah - sekadar hiasan


"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la.... tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan saya semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah... .Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita.

Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.


~ me terasa lak kerinduan nk minum air zam zam di Baitullah. bila la dapat ke sana lagi ~




Happy Family Contest



Kali ni aku nak join 'Happy Family Contest'... agak menarik contest ni..tak byk syarat..Contest ni di anjurkan oleh iedaLUVsham ..jom kawan2 kita meriahkan majlis...


Syarat2 adalah spt berikut:


1. ADD BLOG iedaLUVsham D BLOGLIST KORANG, WAJIB JD FOLLOWER K ------DONE


2. UPLOAD BANNER "HAPPY FAMILY CONTEST" KAT SIDEBAR. ------DONE


3. BUAT ENTRY KHAS BERTAJUK "HAPPY FAMILY CONTEST". ------Ni la Entrinya


4. UPLOAD HANYA 1 (SATU) GAMBAR YANG THE BEST YANG MENGGAMBARKAN KEGEMBIRAAN DLM KELUARGA ANDA! ;) BAGI YG BELUM BERKAHWIN, UPLOAD PIC BERSAMA2 FAMILY KORANG, NO BOIPREN2, NO GEFREN2, HEHEHH!! ;p -----Tgk Bawah


5.DALAM ENTRI TU PASTIKAN ANDA MENTION & LINK KE iedaLUVsham & HAPPY FAMILY CONTEST (no link back will be disqualified) -----DONE


6. Bila dah siap, tinggalkan link di entri ini SAHAJA =) ----DONE


7. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yg MENARIK&UNIK ;)


8.Hadiah utk pemenang adalah....RAHSIA,wakakaka!!


9.JANGAN RISO..TAKDE VOTE2 PUNYER,AKU TAKKAN SUSAHKAN KORANG, HEHEHE!!!.
10. OK, CONTEST BERMULA 11 OGOS - 12 SEPTEMBER 2009KEPUTUSAN AKAN DUMUMKAN PADA 14 SEPTEMBER = BETEDAY AKU! YAHOOO!!!
ABISHHHH.........TQ ;)


So ini la gambo yang aku pertaruhkan...


Riang gembira di hari raya
Bergelak tawa sesama kita
Hari mulia hari bahgia
Pilihlah daku sebagai pemenangnya


Pantun la plak...heheh kasi tambah markah sket (ye la sangat). So penganjur harap syarat2 semua dipenuhi...

Jangang...Jangan...Jangan....

Jangan sengaja lewatkan solat.

Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air


tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan Makan dan minum


dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk


yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh


nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintuberkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH


dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah


tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar


yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar


di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat


bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf


pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan


Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH

dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.

Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.

Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong


kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.


Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH..

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.


Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."



Soooo Sleepy

I know! I know its my sis's skirt but i'm too sleepy..so do whateva u want as long as x kaco my tido k!!


Me soooooooo sleepy now...baru sampai dari kampung terus masuk opis...drive tadi pon terhuyung hayang..pekene kopi 3 in 1 segar sket mata ..tapi now terasa penat la plak..mengantuk yg taleh nk tido..uwaaaaaaa.....




Help Me To Help Others In Needs

Tajuk tak boleh bla (bak kata mamamanja :))

Saja je nk raih undi utk kawan ku
Maswanie ini. pls vote gambar dibawah ye.. can vote once every hours. Hadiahnya ialah RM300 dan untuk voter yg paling byk mengundi pon dapat juga ,RM100. So sambil vote sambil menang la..apalagi ???lets vote together gether....

vote for this picture pls!!

Please vote Maswanie's picture every hour every day

at http://www.foto-contest.com .

Search username maswani

dan jangan lupa utk tinggalkan emel anda si situ kalau tak nanti tak dapat hadiah RM100 tu.





Fliffy Digiland Giveaway

gambar sekadar hiasan.tiada kene mengene ngn contest pon heheh


For hardcore n softcore scrappers out there ..lets grab an attractive ,creative yet boombastic templates from Fliffy by joining the contest here...











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...