Lagi tak sampai 3 jam aku nak wat jihat besar...tak sabar rasa hati ini..kerinduan meruntum(tul ke ayat aku ni) jiwa...Jihat besar ku itu adalah....ingin pulang ke kampung melihat ibu bapa ku yang semakin hari semakin di mamah usia...terasa sekejap aje waktu berlalu..tik tok tik tok...bertambah kedutan di wajah mereka....bertambah jua uban di kepala ...bertambah kurang kederat 4 kerat
Setiap kali pulang ke kampung aku tidak lupa untuk merenung wajah 2 insan yang telah banyak bekorban untuk ku...terlalu besar pengorbanan mereka terhadap ku...dan semakin hari ku renung semakin lesu wajah itu...hanya tuhan sahaja yang tau perasaan hiba di hati ku...cukup kah dengan apa yang telah aku pulangkan kepada mereka sesudah dewasa? Rasanya tidak terbalas jasa mereka terhadap ku...

Namun begitu aku masih bertuah kerana masih diberikan peluang untuk berjasa kepada mereka dibandingkan insan lain yg tidak punya ibu atau ayah atau keduanya sekali..Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada mereka.
Amin

2 comments:
beruntung Oja punyai kedua2 ayah dan ibu , ummi cuma ada ibu aje , baru 2 bulan ibu kesorangan di kampung sejak adik kawin.rindunya nk balik kmpung.
kampung ummi kat mana? tak try ajak mak duduk sekali dgn ummi?
Post a Comment