RSS

FATHER'S DAY CONTEST - STICKY MODE

This is the first time aku join contest dlm blog. Almaklum le org baru...baru nak bejinak2...ini pun bila terbaca blog kawanku ct ..hmmm cam bes jer..so aku pon try masuk ke mamamanja untuk mengetahui lebih terperinci mengenai contest ni. walaupun agak ketinggalan ..x kira nk join juga..mana tau kot2 leh menang sempena tarikh lahir yg cuma beza 1 hari dari mamamanja (pancing undi-berjaya ke?)...heheheh .. gambar bersama ayah ada dlm laptop tp laptop ku telah di pinjamkan kpd cousin ku...so harap2 pic ni pon boleh digunapakai...






NAMA AYAH : Hj. Mohamed Zinon Bin Bakar

UMUR : 27 Jan 2009 genap la 60 tahun

Buat Dedi tersayang, terima la ucapan 'Selamat Hari Bapa'.

Terima Kasih di atas segala pengorbanan yang Dedi curahkan kepada kami sekeluarga terutama kepada anak bongsumu ini.

Terima Kasih kerana sanggup bersengkang mata siang dan malam semata2 untuk menjaga anak mu ketika sakit.

Terima Kasih kerana memarahi anakmu ini untuk mengajarnya menjadi seorang manusia yang berguna.

Terima kasih kerana menjadi tempatku berteduh ketika ujian datang menimpa.

Terima Kasih di atas Kasih mu yang tiada penghujungnya...



GIVEAWAY - JULY PLANNER POUCH


Sekali lagi aku terpanggil untuk mencuba ketuahan ku dlm contest yang dianjurkan oleh para bloggers..kali ini aku nk masuk contest shambijoux...senang je syaratnya..bagi komen n citekan serba sedikit tentang contest ni...So kawan2 mari la kita mencuba nasib kita beramai2... mana tau kot bertuah bola le gunakan hadiah yg ditawarkan sbgai pencil case ke...beg duit syiling ke atau pun beg make up...

The one lucky winner will receive this Pouch (printed with July Monthly Planner) and also a half yard of English Cotton (design will be a surprised!!!)~ :happy:

Open to readers residing in Malaysia and giveaway will end on midnight 29th June, 2009. Lucky winner will be chosen randomly


utk keterangan lanjut sila la klik di banner di atas .

Happy Birthday




Yessss...it was my birthday yesterday...sori x sempat nk update semalam dok asik mencelebrate. Thank you kawan2 yang menwishkan birthday kepadaku...terutama sekali... Aisah (my beloved opismet) yang sanggup bersusah payah 'membuat' kek kasih sayang utk ku itu. Tahun depan jgn 'lupa' buat lagi ye..dan kepada kawan2 yang mendoakan yg terbaik utk ku, terima kasih atas ingatan dan doa kalian. Aku pon doakan yg terbaik utk kalian semua..Amin...




READ MORE

Hari ini aku baru belajar cara-cara nak buat 'Read More' pada artikel..Thanks to Mas kerna memberikan aku link ni. so now aku nak mencuba, adakah jadi? adakah tidak?.... banyak lagi aku kene blaja tuk memperbaiki mutu blog ku ini... bila dh tau sket2 ni makin manjadi2 lak nak mencuba yg baru..alih2 kang abis blog aku jadi serabut..

NEW KIND OF BREAST CANCER

Not all cancers are the same. 1/3 is curable. 1/3 is preventable. 2 factors of cancer that cannot be controlled are AGE & FAMILY HISTORY.

CAUSES OF CANCER:


1. Smoking is very often the main cause of cancer. It kills us silently and drains money from us quietly. There’re 4,000 harmful chemicals (though in diluted form) in one stick of cigarette. Taking one puff is 600 times worse than inhaling exhaust fumes from vehicles.

2. Some foods that cause cancer are :

a. Barbecued Food

b. Deep Fried Food

c. Overheating Meat

d. Food that is high in fat causes our bile to secrete acid that contains a chemical which is a promoter of cancer cells.


e. Food that contains preservatives, too much salt or nitrates, e.g. canned food, salted egg & veggies, sausages, etc.


f. Overnight Rice (where Aflatoxin is accumulated)

g. Food that is low in fibre : Our body needs 25gm of both soluble & insoluble fibre daily. We must drink at least 1.5 litres of plain water a day.

h. Contaminated Food (e.g. moulded bread causes our body to secrete toxins that may eventually lead to liver cancer in the long run. Never eat bread that is kept in room temperature for more than 2 days especially in a humid weather.)


3. Types of fat and which is the best? Highly Recommended for Health :

a. Olive Oil - It does not absorb in our body.

b. Fish Oil - Omega 3 (contained in NI’s Circulytes) has poly-unsaturated fat. It’s good for our brain cells.

c. Peanut Oil - It contains Vitamin E. A small dosage is recommended only.


4. Not Recommended for Health

a. Vegetable Fat - Palm oil is worse than coconut oil. It is high in cholesterol and highly unsaturated.

b. Coconut Oil - It has saturated fat.


5. Specific Food & Beverages

a. Egg when eaten too much can cause High Colon Cancer, Risk Ovary Cancer, Prostate Cancer.

b. Cabbage is highly recommended for health reason.

c. Tomato is best eaten raw with a bit of olive oil for better absorption. Other alternative is to take tomato sauce. Do not boil – tomatoes became acidic when boiled.


d. A little coffee is good because it contains 2 anti- oxidants. Inhale coffee aroma for half each day is equivalent to eating 2 oranges a day. However, the residue of over-burned coffee is extremely bad for health. It can cause cancer.


e. Tea, as long as it is in its original tealeaves and not processed into BOH or Lipton packets, it is good for health. Tea contains 30 anti-oxidants. Recommended dosage is a cup a day.
EXERCISE AND BE FIT Have a balanced lifestyle. Exercise regularly.


F : Frequency : 3 to 5 times a week.

I : Intensity : Exercise till we sweat and breath deeply.

T : Types of exercises : Find one that suits our age, lifestyle…


HAVE REGULAR CHECK-UP once we reach the age of 45 & above, it is recommended that we go for regular comprehensive health examination. Early detection may save lives.

Primary Source : Unknown
Received tru email

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk
di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati
isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah
tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam
dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan
salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat kepadanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Source : Unknown
Received tru Email

6 Wanita Malang & 19 Keistimewaan Wanita

6 Jenis Wanita Malang

'Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.'

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, 'Aku membuat itu keranamu'.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


19 Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, ' Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.'

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.' Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?' Jawab Rasulullah SAW 'Suaminya.' ' Siapa pula berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah SAW, 'Ibunya.'

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.

Uncover The Lost World of Dinosaurs

These pixs were taken during a visit to Petrosains - DinoTrek2 14-06-2009 by built-in camera. All we have to do is look at the screen and pose as we like. then we can email all the photos...1 session =5 shoots...it's quiet fun ...sekali cuba nak lagi...cuba punya cuba sampai 4 sesi ..hehehhe...

*ZZzzzzzZZZzzz*

Monday bluesss....arhhh busannya...ikutkan hati mau ajer aku bercuti harini..tapi terkenangkan cuti yg dah ala2 nyawa2 ikan..terpaksa la juga menguatkan semangat... berjuang dgn diri sendiri...

Asalnya aku plan blog ni digunakan untuk compile segala2 ilmu, petua, resepi dsb yg aku dapat dr kawan2...tapi bila di pk kan mcm agak dull jer ..so dari aku busan giler baik aku mengasah bakat penulisan aku yg dah lama terpendam sejak dr bangku sekolah lagi (padahal time klas penulisan aku org pertama tido. jgn mare ek cikgu)...lagi pon bila aku baca blog cousin aku
MMY
mcm terpanggil lak nk mencoret sesuatu ke dalam blog ku yg baru setahun jagung (walaupun sudah dilahirkan pada 2002)...tabik spring la mat...terer gak ko menulis ek...

Aku ni sejenis yg low profile n like to keep things for myself jer...tapi apa salahnya kali ni di kala kebosananku dh tahap gaban baik la aku wat samting di luar kebiasaan...

Korang penah dengar tak ungkapan 'anything happens for a reason' atau setiap apa yang berlaku ada hikmahnya? Sejauh mana kah kita percaya dan terima ini seadanya...as muslim mmg aku percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan telah pon ditentukan oleh Allah Yang Maha Kuasa. Selama ini mmg aku percaya tapi tahap pemahaman aku boleh dikatakan tidak lah 100% . Selalunya kalau sesuatu yg tak elok berlaku aku mula tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku? kenapa aku? kenapa tidak orang lain? Apabila sesuatu musibah berlaku kita mula lupa untuk mempercayai hikmah di sebalik sesuatu kejadian kerna kita mengharapkan jawapan yang segera pada persoalan kita. Sebenarnya jawapan sudah pon ada cuma kita tidak memikirkan secara rasional apabila musibah berlaku sebaliknya kita mencari kesalahan pada selain diri sendiri. Begitu la aku selalunya..maybe bukan kalian..

Tapi semenjak dua menjak ni aku mula memikirkan hikmah di sebalik kejadian yang berlaku dan aku mula memahami kenapa aku tidak diberikan jawapannya ketika mula2 persoalan itu di utarakan. Ketika perasaan amarah bercampur kesedihan berperang di dlm benakku, aku tidak bisa utk berfikir secara waras dan tidak akur utk menerima sebarang kelemahan diri. Aku pernah tewas di dalam kehidupan yang menjanjikan kebahgiaan sementara. Mungkin kerana aku terlalu leka...terlalu mengharap..terlalu percaya...take things for granted....lalu aku tersungkur...

Tapi aku bersyukur dgn pengalaman ini, menjadikan aku lebih dewasa. Dan benar... bahwa Allah tidak akan menguji hambanya melainkan mengikut kemampuan hambanya. Kalau dulu mungkin aku akan mengatakan yang aku sudah tidak bisa menanggung ujianNya tapi kini aku masih bernyawa..masih bisa mengecap nikmat kebahgiaan walaupun bukan sepenuhnya milikku...


PETUA DALAM PANTANG & KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA

Petua Memudahkan Bersalin.

a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.

b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.

c) Amalkan minum air lebihan suami.

d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.

e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.

f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.

g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.

h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.

i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.

j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang

- Berehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula. Dan sapukan hirisan
bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh

Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

a) Ambil sebiji limau nipis diperah airnya/ sedikit air asm jawa pekat
kemudian dicampur sedikit kapur sirih.Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, mahupun minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya tapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu
berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah screcthmarks.

b) Sedikit cuka , garam dan kunyit dikisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.

c) Sedikit beras disangrai dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air
asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya kemudian tapis dan minum.Amalkan seminggu 3 kali.

d) Halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam,
secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji dikisar/ditumbuk. Diadun dan tapis, minum airnya.Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

e) Lengkuas Padi/Helang/Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus ditampal pada perut bertujuan membuang angin sekaligus untuk mengecutkan perut.Selain itu baik juga utk disapu pada badan utk mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

f) Asam jawa, jadam dan air mendidih diadun tampal pada perut dan bengkungkan ia sepanjang tempoh berpantang.

g) Dalaman - Ambil beberapa potongan halia ditumbuk halus lalu digaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat lalu dimakan dengan nasi. Hasilnya InsyaAllah perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur dan wajah akan tampak lebih sihat dan berseri.

h) Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.

i) Ambil lada hitam lebih kurang 21/2 genggam kemudian ditumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai digaul bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang kemudian dibengkung kuat/ketat.

Petua Untuk Menghindarkan Strechmarks


a) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih
serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah di
perut. Buat 2 minggu berturut-turut.

b) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang
bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.

Received tru email

KHAS UNTUK WANITA -Dari Dr. Fatmah Az-Zahrah

Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abkaro' menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah.

Abkaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan.Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin........

Caranya :

1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatulQursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untukkebahagiaan rumahtangga kita.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka denganciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

ADAB MEMOTONG KUKU


SHIATSU SELF MASSAGE




PUDING PELANGI

650 ml air
200gm gula (180 pn boleh kalau nk kurangkan manis)
10gm serbuk agar2
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu mkn tepung kastad
½ sudu teh esen vanilla
¼ butter (atau 30gm kot)
Pewarna merah
Pewarna hijau
1 sudu Serbuk koko


A - Masukkan air, gula dan serbuk agar2 ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Setelah mendidih ketepikan.

B - Pukul telur (saya guna blender senang sket ) kemudian masukkan susu dan tepung kastad. setelah siap tapiskan.

Masukkan campuran A ke dalam B dan panaskan semula sehingga mendidih. setelah mendidih masukkan esen vanila dan butter. Setelah sebati angkat dan bahagikan adunan tersebut kepada 3 bahagian.

1 bahagian diwarnakan hijau
1 bahagian diwarnakan merah
1 bahagian di campur kan dgn serbuk koko ( serbuk koko perlu dibancuh dgn air terlebih dahulu)

Kemudian masukkan ke dalam dulang/bekas. Dulang/bekas ditinggikan sebelah bahagian. Mula2 masukkan warna merah 1 senduk di sebelah yg rendah, diikuti dengn hijau dan koko. Kemudian ulangi lagi sehingga habis kesemua adunan. Setelah siap letakkan dulang spt keadaan asal (ratakan)

Warna boleh mengikut selera masing2. nak tambah warna hitam biru kuning pon boleh.

SELAMAT MENCUBA!!!!!

Penawar Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.



Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."



Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."



Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."



Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman. "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."




Received tru email

NINE WORDS WOMEN USE

(1) Fine: This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

(2) Five Minutes: If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

(3) Nothing: This is the calm before the storm. This means something and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

(4) Go Ahead: This is a dare, not permission. Don't Do It!

(5) Loud Sigh: This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

(6) That's Okay: This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

(7) Thanks: A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you're welcome. (I want to add in a clause here - This is true, unless she says 'Thanks a lot' - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome'; that will bring on a 'whatever').

(8) Whatever: Is a woman's way of saying sc*ew YOU!

(9) Don't worry about it, I got it: Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to # 3.


Received tru email

SOLAT

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyukdan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assamdan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air". Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2..Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' danmenganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian akurukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuhpengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolatselama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnyayang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.



Received tru email
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...