RSS

~U.F.O~




Cuba korang peratikan benda kt langit ni??? ada mcm Unidentified Flying Object (UFO) tak? Masa ni me dlm perjalanan ke Seremban visiting a friend. Tiba2 di tgh jln ...popp...satu benda kedengaran seakan belon pecah...me pon menjerit ahhh ape itu???...tiba2 muncul objek ni...perati betul222...dekat lg...dekat lg...lagi dekat...haaaa...dah tau ape dia????

Ini le bahananya kalo bwk kete blakang lori...abes pecah cermin kete me kene terjah ngan batu kecik...me baru je renew insurance...rasanya mcm tak tambah je insuran cermin...dulu dh pecah skali..tapi masa tu de amik insuran cermin so slamat le RM500 ...la ni kene cek balik le polisi...harap2 ada tambah tuk cermin...





PERHATIAN!!! JGN TERTIPU

Tengahari tadi me n the gang (kak Alin n Ecah) decided nak makan Burger King kat KL Sentral..so dkat2 kul 1 cenggitu kitorang pon bergegas le ke LRT...tut tott..tut tootttt...sampai le ke KL Sentral. Sampai di sana we decide trus bli tiket balik ke opis supaya tayah le bratur panjang2 time nk balik nanti sbbnya time tu org tak ramai lg.

So me pon trus ke mesin jual tiket tu..tet..tet..(bunyi mesin tu n duit syiling me). sedang me tekocoh2 nak masukkan duit dlm mesin tu tiba2 satu aso (macik cina) berambut pendek...age around 40++ tanya me 'ada syiling 50 sen tak dengan menunjukkan me syiling 50sen seketulnya pada me..me pon ingat dia nk tukar syiling ngn me..so me pon bagi la dia seketul 2posen n 3 ketul seposen =5posen la.. pastu me nk amik le 5posen seketul dia tu pastu ape tah dia bebel2 kata nk lg 3posen..me ckp le tade.. pastu dia tanya me nk g kemana me ckp le Kerinchi..pastu dia tanya me pesal mesin ni tutup ek...mana la me tau..tanya la org yg keje ctu...me bukan keje citu...

Pastu me tengok dia tak beli2 pon tiket..pastu siap tanya org blakang dia nape mesin tu tutup padahal mesin yg dia nk bli tiket tu dok molek je tak tutup..yg dia sibuk nk amik tau pasal mesin sebelah tu peheinya...me pon maleh nk pk2 sbb me nk cepat...dlm pada me bejalan nk ke BK, me pandang2 lg kat aso tu...aso tu pandang kt me senyum2 cm de wat salah je..pastu dlm perjalanan nk ke BK tu me terpk agaknya aso ni dok menipu org kononnya nk tukar duit bli tiket rupanya nk duit je..bukan nk bli tiket pon...

pastu tgh mkn tu me cite ngn my gang...my gang kata ' camni la..kalau kita blk kang tgk dia still ada kt ctu kita report le kt pakgad' me pon kata ok gak....

alih2 nak balik tu me tgk aso tu stil ada dan menipu org lain yg ada kt ctu...pas dia dpt duit tu dia buat2 bli tiket pastu dia buat2 le jalan ke luar..pastu bila org yg bg duit tadi dh chow dia akan masuk blk n pekene kan org lain lak...me pon ape lagi trus la report kt polis yg jaga tpt tu...pastu me trus le blah naik tren pastu tatau le ape jd ngan aso tu...

ada juga org camni kan... bayangkan kalau sorang dia leh dpt 5posen..kalau 10 org dah RM5..100 org =RM50...kalau 10 hari dah dpt RM500...wahhh pokcik kayooo ..cenggini tayah keje sakit2 pale..dok je kt ctu minta duit ngn org..ni kira pengemis/peminta sedekah berklas sket sbb dressingnya cam ala2 org biasa2 tade compang campingnya...

so kawan2 ..berhati-hati le kalo ada org nk tukar syiling....me kira masih lucky sbb dia tak pakai pukau..kalo tak abes le purse me yg baru beli yg rege lagi mahal dr jumlah duit me yg ada kt dlm tu (heheh riak la plak patut le kene tipu ko cik kiah oiiii)...

itu saje...berhati2 di jln KL...semoga anda selamat sejahtera....wassalam


~GIRLS in crime~


1st criminal : Neeza
AKA : Reebok @ Golek2
Date of crime : 23/01/10
Crime Scene : MidValley, Bangsar
Trademark : 'aku kentut kang baru tau', 'kentut la kao'



2nd criminal : Nor
AKA : Nor

Date of crime : 23/01/10

Crime Scene : MidValley, Bangsar

Trademark : Ci@#$% Ci#%^&* orang Melaka tak S#@$%



3rd Criminal : Leenda
AKA : Kak Pah (as in Syarifah Aini the singer)

Date of crime : 23/01/10

Crime Scene : MidValley, Bangsar

Trademark : 'ko tatau ke ...aku mmg comel'



4th Criminal : Ikin
AKA : Helmi

Date of crime : 23/01/10

Crime Scene : MidValley, Bangsar

Trademark : 'eeee korang nii...menyampahhh i tauuu'



5th Criminal : ME
AKA : Oja
Date Of Crime : 23/01/10

Crime Scene : MidValley, Bangsar

Trademark : Aku ada trademark
ke? cam tader je hehe...


Crime : Breach of Frienship Act
~ S. 1995-97 : As a best friend you must see each other regularly.


5-6 years not see ea
ch other.

Guilty as charged.

SENTENCE : Must spend a quality time together , do a reunion immediately.

so here some pictures during the sentence...

These are my best buddies from UITM Dungun till now...lama sungguh tak ketemu muka..sik2 berjumpa dlm maya jer. last reunion held lebih kurang 5-6 tahun lepas..padahal masing2 kat KL & Selangor je tapi disebabkan masing2 kebizian dgn kerja dan rumahtangga makanya agak susah le nk kerap berjumpa..

Alhamdulillah syukur pada Allah kerna hari ini diberikan ruang untuk kami berjumpa kembali dan dapat le menhapdet apa yg patut..walaupun dh lama dan ada yg dh jadi mak org kepada 3-4 anak tp perangai lama tu masih kekal lg dlm jiwa...lawak toron tu still tak ilang...

Antara aktiviti yg kami lakukan hari ini adalah :

Menonton The Imaginarium of Doctor Parnassus.
Ni la cite yg the late Heath Ledger belakun sebelum dia passed away. Citenya tada la sedap mana ..so-so je..tapi ada Johny Depp..i like...Heath Ledger ni pon aku suka smenjak tgk dia blakun dlm 10 Things I Hate About You.

Do Lunch Together


Shopping.

masa ni no picas sebab sakan bershopping so tade masa nk posing2.




HiTea
Stop jap kt Popeyes minum2 n kunyah fries setelah penat bershopping. cam nk putus lak kepala lutut dok berdiri..dah tau nk kuar lama2 dok g sopping pesal le ko pakai kasut tinggi2 nyah oii kan dh nk tetanggal kaki tuuu...baru ko rasaa...

Dah dah le mak oi..jom balik...penat nooo rasa kaki ni...moh leee....tata...c u soon



~Janganlah Berputus Asa~

Kekalahan Itu Bersifat Sementara, Putus Asa Menjadikannya Kekal...

Apabila kita mengalami kekecewaan, atau kita gagal dalam sesuatu usaha, sememangnya sukar untuk kita bangun dan berjuang semula. Jika anda seperti ini, sebenarnya tiada apa yang perlu anda runsingkan. Ini adalah satu respon semulajadi yang lahir daripada hati dan perasaan seorang manusia, dan anda jangan sekali-kali menyalahkan diri anda semata-mata kerana berperasaan sedemikian.

Apa yang perlu anda beri perhatian ialah, apa yang anda lakukan dalam keadaan sedemikian? Bagaimanakah anda menangani perasaan anda itu? Malah, bagaimana anda memanfaatkan kekalahan anda itu?

Satu perkara yang kita harus yakini ialah kegagalan dan kekecewaan merupakan satu rukun penting dalam proses perkembangan diri anda. Seorang ilmuwan pernah berkata : Manusia yang tidak pernah gagal tidak akan mencapai kejayaan. Kita boleh menganggap bahawa kesilapan dan kegagalan kita sebagai satu papan tanda dalam jalan kehidupan yang mengingatkan kita “Jalan ini salah!”. Dalam ertikata lain, setiap kesilapan kita membuat kita mengenali jalan atau cara yang betul. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Edison apabila setelah beribu-ribu kali gagal menyalakan lampu mentol yang beliau cipta, beliau berkata bahawa beliau bukan gagal, tetapi menjumpai beribu-ribu cara untuk tidak menyalakan mentol tersebut!

Sememangnya kita selalu menganggap bahawa kehidupan yang ‘lancar’ itulah yang terbaik dan yang ideal. Mungkin ya, mungkin juga tidak. Kata orang, laut yang sentiasa tenang tidak akan menghasilkan pelaut yang mahir dan cekap. Namun laut yang bergeloralah yang bisa melahirkan pelaut-pelaut mahir yang dapat mengemudi bahtera kehidupan ke tempat-tempat yang belum pernah diterokai. Jika kita tidak menguji diri kita, kita tidak akan tahu apa kelemahan kita. Jika kita tidak tahu kelemahan kita, kita akan selesa dengan keadaan sedia ada dan tidak berusaha untuk memperbaikinya. Kerana dalam minda kita, kita rasa kita sudah ‘sempurna’, atau setidak-tidaknya kita berpuas hati dengan keadaan kita seadanya.

Jika anda ditanya sekarang; jika anda ingin belayar jauh, adakah anda akan menyerahkan bahtera anda kepada pelaut yang hanya melayari laut tenang dan tidak pernah menghadapi ribut dan sebagainya, atau pelaut yang biasa dengan lautan bergelora, membelah lautan terbuka?

Kita akhiri perbincangan ini dengan analogi berikut : Jika anak anda, atau adik anda yang baru belajar berjalan, kerap jatuh bangun, mendedahkan dirinya kepada risiko-risiko seperti terhantuk meja, kerusi atau terlentang atas lantai, apakah anda akan berkata “Cukuplah!, tak usahlah membahayakan diri anda lagi!”?

Tidak sekali-kali. Sebab itulah agaknya sebahagian besar manusia dunia ini boleh berjalan! Sebab sebagai kanak-kanak kecil, mereka tidak pernah mengalah. Mereka tidak kenal perkataan ‘putus asa’.

Mungkin kita juga perlu mengingatkan diri kita tentang sifat kita yang sering dilupakan ini…Ingatlah, kekalahan adalah sementara, hanya sifat putus asa kitalah yang menjadikannya kekal.

Wallahu a’lam.


~Mukjizat Azan~

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.'

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin..'

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati... Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.....

sekadar berkongsi emel yg diterima utk diamalkan bersama...InsyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...