
Nama sebenarnya Muhamad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Shafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy, daripada Bani Mutalib. Dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah.
Dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran dan menghafal Al-Quran sejak berusia 9 tahun. Beliau mempunyai suara yang merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdiakn beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat.
Sinopsis di atas adalah ciplak dari dari Novel Sejarah Islam yang di tulis oleh Abdul Latip Talib (ALT). Beliau merupakan penulis novel sejarah no. 1 Malaysia. Memang tak rugi membeli buku2 beliau. Dulu masa sekolah2 nak baca 1 mukasurat buku sejarah pon rasa berchenta. Tapi yang ni kalu dh mula baca rasa tanak brenti lak. Rasanya sesuai sgt la kalau En ALT ni tulis buku sejarah SPM. Kalau korang tak caya try le baca...kalau nk pinjam roger2 la (opismate je ok..kot yg jauh tu baik le beli je..takan aku nk pos lak kan..:) )
0 comments:
Post a Comment