RSS

MEE KARI


Bahan-bahan:

3 ulas bawang merah} dikisar
3 ulas bawang putih} dikisar
1 biji bawang besar} dikisar
10 tangkai cili kering - ikut kepedasan masing2 } dikisar
5-10 helai daun kari
1 kg santan
2 peket rempah kari ayam/daging }bancuh dgn sedikit air
1/2 peket serbuk cili} bancuh dengan sedikit air
ayam di potong kecil
udang/sotong/kerang
1 ekor ketam utuk menambah perisa
1 paket fishball
1 paket fish cake
Taugeh
Daun sop
Daun bawang

Cara-cara :


  1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari.Kacau sebentar.
  2. Masukkan bahan2 yang dikisar tadi. Kacau sehingga garing.
  3. Masukkan serbuk kari dan cili dan kacau lagi.
  4. Setelah garing masukkan ayam, ketam, udang dan sotong. Gaul dan tunggu sehingga sejat air. Udang dan sotong boleh juga di masukkan kemudian bg mengelakkan terlalu masak.
  5. Masukkan santan dan kacau.
  6. Setelah hampir masak, masukkan fishball/fishcake.
  7. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Siap untuk dihidangkan. Taburkan daun sop/bwang dan taugeh ke dlm pinggan masing2. tak suka tayah taruk

Hidangan ini adalah untuk 6-10 org makan (agak aku la...hehehe)

BIRTHDAY BASH



Last weekend my sis, Andak and family datang ke rumah. Kakak ku ini mmg suka memasak so sempena birthday aku yg dah lepas, dia ajak main masak2 konon2nya nk celebrate la tu. Pagi2 sabtu tu kitorang (aku n andak) dah siap pergi pasar beli ape yg patut. balik2 dari pasar tgk kusi meja dh siap tersusun dengan jambangan bunga yg aku dpt masa birthday on the 25th tesergam atas meja. siap ada hadiah tu. unsangkarable tul...dlm diam2 kakde ku telah plan dgn cousin ku Yaya utk buat surprise rupanya.Tq kakak2 ku n anak2 buahku n x lupa juga Yaya for the lovely gifts dan kasih sayang korang selama ini padaku..(piccas akan di upload ke fotopages)


Menu hari tu (resepi akan ditempek later) :



1ST AWARD DITERIMA


Thanks for the award ct. 1st time eber... xcited ni..dapat2 jer trus post kt blog ku.... actually award ni sempena menjadi voter bagi finalist contest seiras wajah.

RESEPI SEGERA

Sempena menunaikan permintaan kawanku Haj d'amor yg meminta taruk resepi yg mudah dan cepat, terima la...






Rempah Opor Serbaguna

Masakan yang di sarankan :

· Gulai Opor daging/ayam/telur
· Gulai Kawah
· Pajeri Nenas/Terung
· Ayam Goreng Berempah



Cara menggunakannya :

Masak Opor

Masukkan Rempah Opor, santan pekat (sebiji) dan daging (1 kilo) ke dalam kuali/periuk.
Kacau sehingga pecah minyak. Sedia untuk dihidangkan

- jika menggunakan ayam, masak santan bersama rempah opor dahulu kemudian masukkan ayam bagi mengelakkan terlalu empuk.
Untuk lebih sedap lagi…goreng ayam terlebih dahulu kemudian masukkan kedalam rempah yg sudah di masak tadi.

- untuk Opor Telur, masak santan dan rempah sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan telur rebus. Sedia untuk dihidangkan


Gulai Kawah

Masukkan rempah opor, Santan cair dan daging.
Kacau sehingga daging empuk. Tidak perlu pecah minyak. Sedia untuk dihidangkan.


Pajeri

Celur Nenas. Kemudian toskan.
Masukkan santan pekat dan rempah opor ke dalam periuk. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan nenas. Siap untuk di hidangkan.


Note:
Rempah opor sudah mengandungi garam dan gula. Sekiranya perlu, sila tambah sesedap rasa. Tidak mengandungi Ajinomoto. 1 botol boleh digunakan untuk 1-1.5 kg daging atau 1-1.5 ekor ayam.



Sos Serbaguna


Masakan yang di sarankan :

Paprik
Ayam/Daging masak merah
Sos ikan bakar

Cara menggunakannya:

Paprik

Tumis bawang besar yg dihiris
Masukkan ayam/daging/Sorong/udang
Masukkan Sos Serbaguna
Masukkan daun limau purut, serai dan Sayur-sayuran
Sedia untuk di hidangkan.

Masak Merah

Goreng ayam. toskan
Tumis bawang besar yg dihiris.
Masukkan Sos Serbaguna.
Masukkan sedikit air. Masak sehingga pekat.
Masukkan ayam yg digoreng tadi.

Sos Ikan Bakar

Bakar sebentar ikan untuk keluarkan air.
Sapukan sos pada ikan tersebut.
Bakar sehingga masak.

Note:
Sos serbaguna boleh juga dijadikan penceceh ikan bakar tanpa perlu dipanaskan lagi.

Rempah Rendang

Boleh digunakan untuk membuat rendang ayam, itik, daging, kerang dll.

Cara menggunakan:

Masukkan santan dan Rempah Rendang dan daging ke dalam kuali.
Kacau sehingga pekat/pecah minyak.
Sedia untuk dihidangkan.

1 botol boleh digunakan untuk ½ kilo daging atau ½ ekor ayam.


Harga: RM4.50


ROTI PURI & KUAH KENTANG

Untuk Roti Puri

Bahan-bahan:

1 cawan tepung capati
1 cawan tepung gandum
1 sudu butter
Air
Garam

Cara-cara:


Tepung capati dicampur dgn tepung gandum, butter & garam digaul rata.



Tuang air suam sedikit2 ke dlm adunan uli hingga tak lekat ditangan.Tambah tepung jika adunan terlembik.Tutup dgn plastik atau kain lembap & perap 30 min. Doh di bahagi 8 dan dibulat2kan menjadi bebola kecil


Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 min, sementara minyak dipanaskan di dalam kuali.


Goreng doh yg dicanai sekeping2 dlm minyak terendam.Sambil dibalik2kan dan disiram2kan minyak pd kedua2 belah puri.


Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.


Siap untuk disajikan.


Utk Kuah Kentang

1. Tumiskan satu sudu kecil biji sawi di dalam kuali, kemudian terus masukkan daun kari, bawang merah, bawang putih & cili hijau yang telah dihiris nipis. Juga
masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
2. Masukkan satu susu makan serbuk kari ikan & cili mesin, tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kentang yang telah direbus dan telah ditumbuk.
4. Masukkan air ( bergantung kepada kepekatan kuah yg dikehendaki) & tambahkan perasa jika mahu. Siap utk di hidang bersam roti puri tadi.

Sumber : SaraKu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...