RSS

ROTI PURI & KUAH KENTANG

Untuk Roti Puri

Bahan-bahan:

1 cawan tepung capati
1 cawan tepung gandum
1 sudu butter
Air
Garam

Cara-cara:


Tepung capati dicampur dgn tepung gandum, butter & garam digaul rata.



Tuang air suam sedikit2 ke dlm adunan uli hingga tak lekat ditangan.Tambah tepung jika adunan terlembik.Tutup dgn plastik atau kain lembap & perap 30 min. Doh di bahagi 8 dan dibulat2kan menjadi bebola kecil


Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 min, sementara minyak dipanaskan di dalam kuali.


Goreng doh yg dicanai sekeping2 dlm minyak terendam.Sambil dibalik2kan dan disiram2kan minyak pd kedua2 belah puri.


Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.


Siap untuk disajikan.


Utk Kuah Kentang

1. Tumiskan satu sudu kecil biji sawi di dalam kuali, kemudian terus masukkan daun kari, bawang merah, bawang putih & cili hijau yang telah dihiris nipis. Juga
masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
2. Masukkan satu susu makan serbuk kari ikan & cili mesin, tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kentang yang telah direbus dan telah ditumbuk.
4. Masukkan air ( bergantung kepada kepekatan kuah yg dikehendaki) & tambahkan perasa jika mahu. Siap utk di hidang bersam roti puri tadi.

Sumber : SaraKu

2 comments:

alabgngah said...

aik..?cam kenal je resipi nih..ooo...patutla, kite yg bagi...hahahha

Oja said...

ye la..kan dh minta permission... :PP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...