RSS

RESEPI SEGERA

Sempena menunaikan permintaan kawanku Haj d'amor yg meminta taruk resepi yg mudah dan cepat, terima la...






Rempah Opor Serbaguna

Masakan yang di sarankan :

· Gulai Opor daging/ayam/telur
· Gulai Kawah
· Pajeri Nenas/Terung
· Ayam Goreng Berempah



Cara menggunakannya :

Masak Opor

Masukkan Rempah Opor, santan pekat (sebiji) dan daging (1 kilo) ke dalam kuali/periuk.
Kacau sehingga pecah minyak. Sedia untuk dihidangkan

- jika menggunakan ayam, masak santan bersama rempah opor dahulu kemudian masukkan ayam bagi mengelakkan terlalu empuk.
Untuk lebih sedap lagi…goreng ayam terlebih dahulu kemudian masukkan kedalam rempah yg sudah di masak tadi.

- untuk Opor Telur, masak santan dan rempah sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan telur rebus. Sedia untuk dihidangkan


Gulai Kawah

Masukkan rempah opor, Santan cair dan daging.
Kacau sehingga daging empuk. Tidak perlu pecah minyak. Sedia untuk dihidangkan.


Pajeri

Celur Nenas. Kemudian toskan.
Masukkan santan pekat dan rempah opor ke dalam periuk. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan nenas. Siap untuk di hidangkan.


Note:
Rempah opor sudah mengandungi garam dan gula. Sekiranya perlu, sila tambah sesedap rasa. Tidak mengandungi Ajinomoto. 1 botol boleh digunakan untuk 1-1.5 kg daging atau 1-1.5 ekor ayam.



Sos Serbaguna


Masakan yang di sarankan :

Paprik
Ayam/Daging masak merah
Sos ikan bakar

Cara menggunakannya:

Paprik

Tumis bawang besar yg dihiris
Masukkan ayam/daging/Sorong/udang
Masukkan Sos Serbaguna
Masukkan daun limau purut, serai dan Sayur-sayuran
Sedia untuk di hidangkan.

Masak Merah

Goreng ayam. toskan
Tumis bawang besar yg dihiris.
Masukkan Sos Serbaguna.
Masukkan sedikit air. Masak sehingga pekat.
Masukkan ayam yg digoreng tadi.

Sos Ikan Bakar

Bakar sebentar ikan untuk keluarkan air.
Sapukan sos pada ikan tersebut.
Bakar sehingga masak.

Note:
Sos serbaguna boleh juga dijadikan penceceh ikan bakar tanpa perlu dipanaskan lagi.

Rempah Rendang

Boleh digunakan untuk membuat rendang ayam, itik, daging, kerang dll.

Cara menggunakan:

Masukkan santan dan Rempah Rendang dan daging ke dalam kuali.
Kacau sehingga pekat/pecah minyak.
Sedia untuk dihidangkan.

1 botol boleh digunakan untuk ½ kilo daging atau ½ ekor ayam.


Harga: RM4.50


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...