RSS

DOWN MEMORY LANE

Weekend lepas aku balik kampung, Kuantan, setelah sudah sebulan lebih tak balik. kerinduan mencengkam jiwa pada segala yang ada di sana.Selalunya 2 minggu sekali aku balik atau kalau aku dh meroyan sgt tiap2 minggu aku balik...suka2 hati aku je la nak balik bila2 asal ada fulus..heheh..so aktiviti aku ketika berada di sana :

1. Bertanggas

Menten ayu beb!!

Sampai2 je umah, aku tgk mak aku baru abis bertanggas... dah alang2 air masih panas baik aku kukus badan aku yg byk sgt lemak ni xspecially drum stickku ini...adala dlm 15 min je dok dlm tu, abis peluh jantan peluh tino semua kluar...x larat nak dok lama2 kang melecur lak kulit2 aku...



2. Gotong Royong


Gotong-royong membersihkan rumah lama aku. Rumah ni mmg sentimental value. Aku membesar dalam rumah ni. Di sini la tempat aku menangis, ketawa, sedih, gembira, teruja, takut...segalanya di sini. Semenjak ayah aku pencen kitorang pindah ke kampung mak ayah aku di Pekan. Banyak kenangan yg bersawang di dalam rumah ni. Walaupun ramai org yg bertanyakan untuk membeli rumah ini tapi kitorang tak sanggup nak jualkan all the memories yg tertanam di sini.


Tapi memandangkan tiada siapa yg nak menten rumah ni, dan kebetulan plak ada sedara aku yg nak cari rumah sewa, so kitorang sewakan la kat dia. atleast adala juga org yg bole jagakan. manala tau kot2 aku decide nak bertukar ke Kuantan bole le aku dok situ je..dah selamat duit aku nk cari rumah lain kann kann ....itu la sebabnya kitorang (aku 4 beradik + cousin + niece & nephew & our mandor -parent aku la tu) gotong royong membersihkan rumah.


3. Mengait Buah Rambutan


Gambar tade. Yang pasti best bangat sebab aku mengait dari atas pokok. Dulu masa kecik2 aku suka sgt panjat pokok. Tapi bila dah besar ni terpaksa la menten ayu. Tapi kali ni dah petang dan tiada org sekeliling so aku pon panjat la. lagipun tade la tinggi sgt pon dahan tu. Daun2 lak rimbun so tade la nampak sgt seorg wanita ayu tgh berada di atas pokok.


4. Gotong Royong Memunggah Barang


Hari Ahad plak kerja2 memunggah barang2 dari rumah lama ke rumah baru (tade la baru mana pon..dlm 5-6 tahun). Nasib baik semua perabut2 yg besar bapak aku dah angkut awal2. Kira kali ni cuma barang2 kecik2. Penuh la 1 lori dok memunggah. Penat Ya Rabbi...peluh dah mcm air hujan mencurah2...aku rasa kalu dihitung bertanggas + gotong royong mau 10 kilo berat aku turun ..muahahhaha...


Dalam kul 8 malam aku bertolak pulang ke KL dgn bdn yg penat dan mengantuk. Nasib baik ada teman berborak..tade la aku tertido ..lbh kurang pukul 11 aku sampai ke destinasi yg di tuju...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...